- Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan yang berumur 12 tahun dan ke atas kecuali kakitangan Kumpulan The Store, ahli-ahli keluarga terdekat (ibubapa, suami/isteri dan anak) dan pencetak-pencetak yang terbabit dalam peraduan ini. Peraduan ini sah dari 29 Mei sehingga 16 Ogos 2009.
- Dengan setiap pembelian RM30 dan ke atas dari mana-mana bahagian di cawangan The Store (kaunter sewaan dikecualikan) dalam resit terkumpul dari cawangan yang sama pada tarikh yang sama, pelanggan layak menyertai Ganjaran Utama dan Ganjaran Bonus dalam peraduan Ganjaran Berganda Ulang Tahun “Baucar Konsumsi” Kumpulan The Store.
- Untuk menyertai Ganjaran Utama, pelanggan yang layak perlu mendapatkan Kad Ganjaran Utama di Kaunter Belian Dengan Belian.
- Pelanggan perlu melengkapkan butir-butir pada bahagian belakang Kad Ganjaran Utama dan masukkan ke dalam kotak penyertaan pada atau sebelum 16 Ogos 2009 bagi melayakkan diri serta berpeluang memenangi Baucar Konsumsi yang lumayan dalam Ganjaran Utama. Kad Ganjaran Utama tidak akan diterima selepas tarikh tersebut walau apapun alasan.
- Pada masa yang sama, pelanggan layak menyertai Ganjaran Bonus dengan membuat satu (1) Cabutan Bertuah untuk peluang memenangi Baucar Konsumsi yang bernilai RM0.50, RM1.00, RM2.00, RM5.00 atau RM10.00 ataupun Hadiah Misteri.
- Pelanggan yang berjaya memenangi Baucar Konsumsi dalam Ganjaran Bonus perlu menggunakan baucar tersebut dalam tempoh 29 Mei sehingga 31 Ogos 2009 di cawangan yang sama seperti yang tertera pada baucar.
- Bagi Ganjaran Utama, pelanggan boleh memasukkan seberapa banyak Kad Ganjaran Utama untuk lebih peluang memenangi ganjaran Baucar Konsumsi. Namun, setiap Kad Ganjaran Utama mesti mempunyai cap cawangan sebagai bukti pembelian.
- Penyertaaan yang tidak lengkap, lewat dan tidak sah akan disingkirkan secara automatik oleh pihak penganjur atas budi bicaranya tanpa notis selanjutnya.
- Hanya Kad Ganjaran Utama asal sah digunakan untuk peraduan ini dan setiap pemenang layak memperolehi satu (1) hadiah sahaja tanpa mempertimbangkan bilangan kad yang disertakan. Andaikan lebih daripada satu (1) penyertaan dipilih untuk lebih daripada satu (1) hadiah bagi seorang pemenang yang sama, hanya hadiah untuk penyertaan pertama boleh dimenangi oleh pemenang tersebut dan hadiah untuk penyertaan lain akan dibatalkan.
- Lapan puluh (80) pemenang bertuah untuk hadiah Ganjaran Utama akan dipilih dalam Cabutan Bertuah yang akan diadakan. Lokasi dan tarikh cabutan akan diumumkan kelak. Semua pemenang terpilih akan dimaklumkan melalui Telefon dan Surat Pemberitahuan yang dihantar melalui Pos Berdaftar. Senarai pemenang turut diumumkan di laman web Kumpulan The Store (www.tstore.com.my).
- Sekiranya pemenang-pemenang yang diumumkan pada upacara cabutan bertuah tidak dapat dihubungi dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh cabutan bertuah diadakan, maka pemenang tersebut akan dibatalkan kelayakan secara automatik tanpa sebarang notis.
- Sepuluh (10) pemenang untuk Hadiah Utama, Hadiah Pertama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga dikehendaki menghadiri Upacara Penyampaian Hadiah dan segala kos perbelanjaan adalah tanggungan sendiri. Lokasi dan tarikh upacara akan diumumkan kelak.
- Tujuh puluh (70) pemenang untuk Hadiah Keempat dan Hadiah Kelima perlu menebus hadiah masing-masing di cawangan penyertaan seperti yang tertera pada Kad Ganjaran Utama.
- Para pemenang mesti menuntut sendiri hadiah masing-masing. Agen atau wakil tidak akan dilayan. Sesiapa yang tidak boleh menghadirkan diri akan dibatalkan kelayakan secara automatik tanpa sebarang notis. Para pemenang mesti bertanggungjawab atas keselamatan diri dalam perjalanan ke lokasi untuk tujuan Upacara Penyampaian Hadiah. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerosakan/kecederaan/kematian/kehilangan harta benda yang berlaku.
- Keputusan para hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Semua pemenang Ganjaran Utama perlu menggunakan Baucar Konsumsi yang dimenangi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh seperti yang tertera pada baucar.
- Semua Baucar Konsumsi tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
- Pihak Pengurusan Kumpulan The Store berhak untuk menggunakan identiti pemenang peraduan ini untuk tujuan promosi dan pengiklanan tanpa sebarang rujukan dan pembayaran.
- Seandainya mana-mana hadiah tidak dapat disediakan pada hari dan masa penyampaian hadiah, Pihak Pengurusan Kumpulan The Store, atas budi bicaranya boleh menangguhkan upacara penyampaian hadiah ke tarikh dan waktu yang lain dan/atau menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah lain yang sama nilai dengannya.
- Pihak Pengurusan Kumpulan The Store berhak pada bila-bila masa, atas budi bicaranya, mengubah dan/atau meminda sebarang syarat dan peraturan operasi peraduan, atau membatalkan peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu.
|