- Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia kecuali kakitangan The Store, Pacific dan Milimewa serta ahli keluarga terdekat mereka.
- Peraduan ini terbuka kepada semua bayi dengan tarikh lahir dari tempoh 1/8/06 hingga 31/7/09.
- Dengan pembelian sebanyak RM20 dan ke atas bagi barangan dari mana-mana jenama di bawah, anda layak mendapat SATU (1) borang penyertaan.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan. Salinan fotostat borang penyertaan dibenarkan (peserta boleh melekat beberapa jenis foto yang berlainan pada borang penyertaan). Setiap borang penyertaan mesti disertakan dengan satu resit asal pembelian barangan penganjur berjumlah RM20 dan ke atas.
- Foto penyertaan hendaklah bersaiz 5R. Ia tidak akan dikembalikan. Pihak penganjur berhak menggunakan foto untuk tujuan promosi dan publisiti untuk jangka masa panjang tanpa sebarang bayaran.
- Borang penyertaan perlu ditampal pada bahagian belakang foto penyertaan.
- Foto penyertaan yang dihantar mesti diambil dalam tempoh 1/4/09 hingga 31/7/09. The Store, Pacific dan Milimewa berhak membatalkan kelayakan peserta jika didapati foto penyertaan diambil lebih awal dari tempoh yang dinyatakan di atas atau wujudnya perbezaan besar antara muka bayi sebenar dengan foto penyertaan serta tiada bukti bahawa foto tersebut diambil dalam tempoh 1/4/09 hingga 31/7/09.
- Satu salinan Surat Beranak mesti disertakan bersama borang penyertaan.
- Semua borang penyertaan mesti sampai ke cawangan pembelian sebelum 31/7/09. Peserta mesti menghantar borang penyertaan ke cawangan pembelian, borang penyertaan yang melalui pos tidak akan dilayan.
- Senarai nama pemenang akan diumumkan di cawangan. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan melalui pos.
- Keputusan jemaah pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
- Hadiah-hadiah tidak boleh ditukarganti dengan wang tunai atau barangan yang sama nilainya.
|