EN | BM | 中文

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 58– BELI & MENANG


           Terma & Syarat

  1. Peraduan “SAMBUTAN ULANG TAHUN – BELI & MENANG” [rujuk “Peraduan”] dianjurkan oleh Kumpulan The Store [rujuk “Pihak Penganjur”] dan terbuka kepada semua pelanggan yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan Kumpulan The Store, ahli–ahli keluarga terdekat (ibu bapa, suami/isteri dan anak) dan pencetak-pencetak yang terbabit dalam Peraduan ini. Tempoh Peraduan berlangsung dari 22 Mei 2026 hingga 16 September 2026 (“Tempoh Peraduan”).
  2. Pelanggan yang berbelanja minima RM50.00 dalam satu resit di cawangan yang mengambil bahagian (The Store, Pacific, Pacific Grocer, Market Place by The Store, TS Concept Store, dan Super Jimat; tidak termasuk kaunter penyewa) layak untuk menyertai Peraduan. Untuk menyertai, pelanggan perlu mengimbas kod QR, melengkapkan borang peraduan atas talian, dan memuat naik resit pembelian bagi melayakkan penyertaan untuk Ganjaran 1.
  3. Dengan pembelian minima RM50.00 dalam satu resit, pelanggan layak untuk:
  4. Ganjaran 1 – Hadiah Utama
    Ganjaran 2 – Hadiah Bulanan
    Ganjaran 3 – Hadiah Tunai
  5. Semua Baucar Tunai sah sehingga 30 September 2026 dan mesti ditebus di cawangan yang mengambil bahagian.
  6. Semua penyertaan dalam talian mesti dihantar pada atau sebelum 16 September 2026. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
  7. Setiap resit pembelian hanya layak untuk satu (1) penyertaan sahaja tanpa mengira jumlah pembelian. Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan tanpa mengira jumlah penyertaan.
  8. Penganjur berhak untuk menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap, tidak jelas, lewat, atau tidak sah tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  9. Hadiah bagi Peraduan adalah seperti berikut:
  10. HADIAH UTAMA
    Hadiah Utama (1 pemenang): Proton e.MAS 5 (CBU)
    Hadiah Pertama (1 pemenang): Proton Saga 1.5 Standard
    Hadiah Kedua (5 pemenang): Modenas Kriss 110CC
    Hadiah Khas (5 pemenang): Peti Sejuk Samsung Digital Inverter 234L (Model: RT-22FARADSA)

    HADIAH BULANAN
    Hadiah Bulanan: Baucar Hadiah RM250 × 20 pemenang setiap bulan (sejumlah 60 pemenang dalam 3 bulan)

    HADIAH TUNAI
    Hadiah Tunai: : Nilai Baucar Tunai (RM2, RM5, RM10, RM20, RM50 atau RM100) akan dicetak di bahagian bawah resit. Baucar Tunai ini boleh ditebus di kaunter pembayaran semasa pembelian seterusnya, sama ada pada hari yang sama atau sebelum tarikh luput, di cawangan yang mengambil bahagian di seluruh negara.

  11. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak berkomputer daripada semua penyertaan yang layak selepas Tempoh Peraduan tamat. Finalis akan dihubungi melalui telefon. Penganjur akan membuat maksima tiga (3) percubaan untuk menghubungi setiap finalis. Sekiranya tidak berjaya (contohnya tiada jawapan, nombor tidak sah atau tidak dapat dihubungi), Penganjur berhak memilih peserta layak seterusnya. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi.
  12. Pemenang Cabutan Bulanan (20 pemenang setiap bulan) akan dipilih melalui cabutan secara langsung yang dijalankan di platform rasmi Facebook dan TikTok Penganjur. Sejumlah 60 pemenang dalam 3 bulan.
  13. . Sebanyak tujuh puluh dua (72) pemenang akan dimaklumkan melalui telefon, pos berdaftar dan/atau e-mel. Butiran Majlis Penyampaian Hadiah (lokasi dan masa) akan diumumkan kemudian. Senarai pemenang akan dipaparkan di laman web rasmi, media sosial, dan saluran rasmi lain Penganjur.
  14. Semua pemenang diwajibkan hadir sendiri ke Majlis Penyampaian Hadiah untuk menuntut hadiah. Segala kos pengangkutan dan perbelanjaan berkaitan adalah di bawah tanggungan pemenang.
  15. Hadiah mesti dituntut sendiri oleh pemenang. Wakil atau pihak ketiga tidak dibenarkan. Kegagalan menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah akan menyebabkan hadiah terbatal secara automatik tanpa notis terlebih dahulu.
  16. Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan diri semasa perjalanan ke dan dari Majlis Penyampaian Hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kecederaan, kehilangan atau kerosakan yang berlaku.
  17. Semua keputusan Penganjur berkaitan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan, pemilihan pemenang dan pembatalan hadiah adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  18. Pemenang hendaklah menanggung semua kos dan caj berkaitan hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran pendaftaran, insurans, cukai jalan dan sebarang cukai atau kos yang berkaitan.
  19. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dipulangkan, dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau barangan lain.
  20. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini. Semua maklumat yang diberikan dianggap benar, tepat dan lengkap. Peserta bersetuju bahawa data peribadi mereka boleh digunakan dan didedahkan oleh Penganjur serta rakan kongsi untuk tujuan pemasaran, promosi dan tujuan berkaitan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  21. Peserta dan pemenang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang timbul daripada penyertaan dalam Peraduan dan/atau penggunaan hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kecederaan (termasuk kematian) yang timbul daripada Peraduan ini.
  22. Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan data peribadi, sila layari: www.tstore.com.my
  23. Penganjur berhak menggunakan nama, imej dan butiran pemenang untuk tujuan promosi dan pengiklanan tanpa notis atau bayaran pampasan.
  24. Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai setara tanpa notis terlebih dahulu.
  25. Penganjur berhak untuk menangguhkan atau menjadualkan semula Majlis Penyampaian Hadiah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pemenang akan dimaklumkan sewajarnya.
  26. Terma & Syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian akan dirujuk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia.
  27. Terma & Syarat ini disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.