Kulit cerah dapat meningkatkan kecantikan wajah seseorang. Memiliki kulit yang cerah berseri pasti menjadi idaman setiap wanita. Akan tetapi, kulit cerah berseri tidaklah datang secara semula jadi. Ketahui cara-cara di bawah untuk mempunyai “wajah fotogenik” dan mengambil gambar dengan memenuhi keyakinan pada diri anda.

1. Memakai pakaian yang tampil berseri

Pilihlah pakaian yang berwarna tanah dan juga warna premier seperti hitam, putih, merah atau kelabu untuk kelihatan lebih cerah. Elakkan warna baju yang terlalu kontra dengan warna kulit seperti warna hijau daun, kuning lembut, rose dan pastel lembut.

2. Menggunakan kosmetik yang sesuai

Bagi gadis yang berkulit gelap, jangan pilih tona foundation yang cerah kerana ianya akan menyebabkan wajah kamu nampak kusam atau kelabu asap. Gunakan pembayang mata yang agak terang atau warna-warna hangat seperti jingga, emas, gangsa, tembaga, champagne atau tona logam emas untuk menyerlahkan mata anda. Bagi warna bibir pula, cuba pakai warna yang berani atau warna semula jadi seperti maroon, coklat, peach, nude pink dan glossy nude.

3. Menggunakan produk penjagaan kulit yang betul

Miliki kulit bergebu dan cerah berseri tidaklah datang secara semula jadi, tetapi dengan cara menjaganya pada suatu jangka masa. Tahu sebab punca kecerahan kulit, guna produk penjagaan yang betul baru dapat memiliki kulit cerah berseri lebih anggun memikat.

Jadi, bagaimana miliki kulit cerah dan menawan? Ikutilah langkah-langkah di bawah, pasti anda dapat memilikinya.

1. Anda harus menyapukan losyen pelindung matahari untuk mencegah pigmentasi. Sinar ultraungu merosakkan sel kulit dan menghasilkan pigmentasi menyebabkan kulit kelihatan lebih kusam dan ton warna lebih gelap.

2. Menanggalkan kulit mati bagi membolehkan tumbuh sel kulit baharu. Pilihlah produk gel mandian bersifat lembut yang dapat membekalkan lapisan perlindungan pada badan.

3. Kerap menyapu losyen bagi memastikan kulit berada dalam keadaan lembap. Adalah lebih baik memilih produk yang bersifat lembut dan mengandungi bahan pemutih yang dapat memberi pelindungan kulit dan elakkan kulit daripada retak. Kerap menyapu losyen akan mendapat hasil perubahan kulit cerah gebu dan berseri.


Inginkan kulit cerah gebu selain perlu lakukan kerja-kerja penjagaan, aspek pengambilan makanan juga perlu dijaga. Makan sayur dan buah-buahan yang banyak serta kerap minum air dapat membekalkan kulit nutrient yang diperlukan. Dengan itu, impian miliki kulit cerah memang dapat dicapai dengan mudah!

 





Website: www.tstore.com.my
Facebook: www.facebook.com/TheStoreMys ; www.facebook.com/PacificMys.




CORPORATE MENU